MaklumatPerniagaan Tikar Sarawak kami didaftarkan
di atas nama CMC Tech Resources (001473564-K). Kami hanya mengambil Tikar
Sarawak yang berkualiti tinggi yang diambil terus dari negeri Sarawak untuk
dipasarkan ke seluruh semenanung Malaysia.
Terdapat 3 jenis Tikar Sarawak yang berada dipasaran
ketika ini seperti
Tikar kayu Palembang, Tikar kelasah dan Tikar Segak Mas.
Walaubagaimanapun pada masa ini, syarikat kami hanya membekal
Tikar Kayu palembang dan Tikar Segak Mas.
Tikar Kayu Palembang
Tikar Kayu palembang merupakan salah satu jenis tikar Sarawak
yang terkenal. Tikar kayu yang sesuai digunakan bagi
konsep klasik dan moden, dimana anda boleh meletakan
samada di pejabat, rumah seperti ruang tamu, ruang makan,
bilik tidur, ruang keluarga atau dimana-mana tempat yang
bersesuaian. Terdapat 5 saiz iaitu1x2, 1x3, 3x6, 5x7 dan 6x8. Anda boleh
menyusun dan mengubah tikar tersebut mengikut saiz dan citarasa
anda. Terdapat pelbagai corak dan rekaan untuk anda pilih.Kini permintaan
tikar kayu Sarawak adalah sangat tinggi dan ianya sebagai satu daya tarikan
untuk
mendapatkannya. Tikar kayu Sarawak asli adalah berbeza dengan
tikar yang lain terutamanya dari segi rekaan, kualiti penyudahan
dan jenis kayu yang digunakan. Kebanyakan para pelanggan kami
telah menukar tikar atau karpet sedia ada kepada Tikar Kayu
palembang. Ianya mudah dibersihkan, tiada habuk dan tidak perlu
menggunakan penyedut habuk untuk kerja-kerja pembersihan...hanya
lap dengan kain atau gunakan mop di atas permukaan kayu. ..sangat
mudah. Kesemua Tikar kayu Sarawak kami adalah buatan tangan dan
diambil terus dari Sarawak. Tikar kayu palembang yang asli
mempunyai berat diantara 0.5kg ke 20kg setiap satu bergantung
kepada saiz.Terdapat
edisi terhad iaitu 1x2 dan 1x3 dimana ianya sesuai diletakan dihadapan
pintu bilik dan diruangan yang lebih kecil.
Tikar Segak Mas
Tikar Segak Mas merupakan
tikar anyaman yang dibuat dari rotan dan kulit kayu yang
berkualiti tinggi. Tikar ini dianyam dengan menggunakan tangan,
menjadikan hasilnya lebih baik dan berkualiti. Terdapat
pelbagai saiz dan rekaan yang berada dipasaran iaitu 5x7, 6x9,
7x8 dan 7x10. Walaubagaiamanapun kami menyediakan edisi terhad
iaitu bersaiz kecil yang lebih sesuai diletakkan diruangan kecil
dan di sudut rumah. Saiz terhad ialah 2x4, 3x5, 3x6 dan 4x6.
Terdapat 3 jenis corak bagi Tikar Segak Mas iaitu Batik, Perisai
dan Jalur. Sama seperti Tikar kayu palembang, Tikar Segak Emas
ini juga sesuai digunakan bagi rumah yang berkonsep moden dan
klasik. Ianya juga sesuai diletakan dimana-mana bahagian didalam
rumah dan bergantung kepada anda, bagaimana anda
mendekorasikannya.
Kenapa Kami? Tikar
ini dijamin dan kami hanya memilih tikar sarawak baik dari yang
terbaik untuk para pelanggan kami. Kami memastikan kesemua
pelanggan kami mendapat tikar dengan kualiti yang sangat tinggi.
Terdapat banyak tikar sarawak yang berada di pasaran.
Walaubagimanapun kualiti mereka adalah tidak sama dengan kualiti
tikar kami. Awas dengan tikar Sarawak tiruan. Anda boleh
mendapatkan harga rendah daripada mereka tetapi kualiti yang
anda perolehi adalah berbeza terutamanya dari segi kayu yang
mereka gunakan iaitu daripada kayu getah berbanding dengan kami
di ambil dari kayu palembang. Kayu getah adalah lebih ringan
berbanding dengan kayu palembang, mudah retak/pecah terutamanya
apabila benda berat diletakkan ke atasnya seperti meja makan.Untuk
maklumat Indonesia juga telah menghasilkan tikar kayu iaitu
tikar yang sama dengan tikar sarawak. Walaubagaimanapun
kualitinya masih tidak boleh ditandingi dengan tikar asal yang
dibuat disarawak. Untuk itu anda diminta membandingkan kualiti
kami dengan kualiti mereka sebelum membuat perbandingan harga.
| Tikar Sarawak | Sarawak Mat |Back to Top
Terma Dan
Syarat
| FAQ Hakcipta
Terpelihara Oleh CMC Tech Resources
Kesemua
gambar, logo dan maklumat adalah terpelihara oleh CMC Tech Resources dan
tidak boleh digunakan sama sekali tanpa mendapat kelulusan bersurat